Assalamualaikum WBT tak jawab dosa, jawab sayang :)
Hai, apa khabar? Baik? Alhamdulillah. Macam yang telah dituliskan di tajuk besar dekat atas tu, haa yang tu lah, yes 'Kita Umat Yang Terbaik' Dalam post ni, aku amik artikal ni dalam buku 'Ajarilah anak anda mengenali Allah dan Rasulnya', penerbitnya ialah Al-Masyhur. Selamat beramal :)
Sebagai makhluk Allah SWT yang termulia di sisiNya, kita haruslah berasa syukur kerana kita lahir ke dunia ini sebagai orang-orang Islam.
Mengapa? Kalian mungkin bertanya. Pertama sekali kerana sebagai orang Islam ,kita diakui oleh Tuhan kita, Allah SWT sebagai umat yang terbaik di antara sekalian uat yang lain yang hidup di muka bumi.
Sebab keduanya sebagai umat Islam kita telah dijanjikan SYURGA untuk kita setelah di hidupkan kembali di Akhirat kelak. Inilah janji Allah SWT kepada kita seperti yang tersebut dalam kitab suci kita Al-Quran.Sedangkan umat-umat lain semuanya tidak diterima Allah SWT dan tidak dijamin masuk ke syurga sebab mereka telah sesat dari ajaran-ajaran yang dibawa oleh para Rasul masing-masing. Satu lagi, sebab mengapa mereka tidak akan ke syurga kerana mereka enggan mengakui nabi Muhammad SAW sebagai persuruh Allah yang akhir serta enggan mempercayai ajaran-ajaran dibawa oleh Baginda.
Mungkin kalian ingin juga tahu mengapa Allah SWT mengatakan umat Islam itu umat yang terbaik di antara sekalian umat?
Sebab pertamanya ialah kerana iSlam itulah sahaja Agama yang diterima di sisi Allah SWT sedang agama-agama yang lain semuanya tidak diterima di sisiNya! Allah meredhai Islam sebagai agama buat kita kerana ajaran-ajara yang terkandung dalam kitab suci kita Al-Quran masih dalam keadaannya yang asal Al-Quran masih asli kandungannya dan belum dinodai oleh perbuatan manusia seperti yang terjadi yang terjadi pada kitab-kitab suci agama yang lain.
Kedua kerana sebagai umat Islam, kita tellah dilanjurkan dengan satu ajaran yang paling mulia. Apakah ajaran itu? Ajaran itu ialah mengajak manusia lain supaya berbuat baik dan melarang mereka berbuat jahat atau mungkar. Sadakallah...
Semoga kita dapat belajar bersam-sama dan menyampaikan kepada yang lain. InsyaAllah. Sekian....
Assalamualaikum :)